Thursday, December 9, 2010

TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK

Salam Semua

Dah lama pulak tak menulis di dalam blog ni. Makin hari kehidupan saya makin sibuk pulak. Di kesempatan ni, saya nak ucapkan terima kasih bebanyak kepada semua pelanggan yang dah membeli Herba Kencana daripada saya samada melalui pos atau by hand. Sokongan anda semua amatlah dihargai.

Tujuan saya pun bukannya nak cari keuntungan tapi sekadar nak berkongsi kehebatan Herba Kencana ni yang dah banyak membantu saya dan keluarga. Setakat hari ni Alhamdulillah saya sentiasa mendapat perkhabaran yang positif daripada insan-insan yang telah membeli Herba Kencana ni daripada saya. Insya Allah dengan izin ALLAH mudah-mudahan penyakit-penyakit yang ada pada kita akan beransur pulih dengan mengamalkan herba ni. ANDA YANG LAIN bila lagi........... TAK RUGI MENCUBA.

Thursday, May 20, 2010

KERJA, KERJA,KERJA

Dah lama rasanya tak menulis di ruangan ni, sekali sekala menaip rasa hilang tensen kerja. Alangkah indahnya kalau kita dapat memiliki semua yang kita nak dalam hidup ni termasuklah kesihatan diri yang berpanjangan.



Saya dah berpindah kerja di tempat baru di Langkawi ni. Saya baru mula kerja bulan Januari tahun ni. Penatnya kerja ni Tuhan saja yang tahu... Ada masanya saya kena kerja sampai pukul 11 malam tanpa henti dari pukul 8.30 pagi. Tapi biasalah kan kita semua kena kerja.



Tapi part yang paling best ialah bila letih-letih kerja tu balik rumah sebelum tidur pekena Herba Kencana. Insya Allah bangun esok rasa bersemangat balik nak kerja. Hari-hari yang mendatang tak tau lagi la macamana, harap-harap Allah akan kekalkan kesihatan diri saya, AMIN

Saturday, September 12, 2009

Khasiat Herba Kencana Untuk Wanita

Kapsul Herba Kencana amat berkhasiat diamalkan oleh kaum wanita. Berdasarkan maklum balas yang diterima daripada pengguna setakat ini, berikut adalah khasiat-khasiat yang terkandung di dalamnya:

  • Memulihkan senggugut
  • Memulihkan masalah keputihan
  • Menghilangkan bau yang tidak disenangi pada kemaluan
  • Merapatkan vagina
  • Menegangkan kembali kulit perut yang kendur
  • Menguatkan otot-otot rahim
  • Menghilangkan kesakitan badan selepas bersalin
  • Meningkatkan tenaga batin
  • Meningkatkan hormon dalam badan
  • Melambatkan proses menopaus
  • Memudahkan tidur
  • Menyubur, menegang dan melicinkan kulit
  • Menegangkan otot-otot payudara
  • Menghilangkan parut serta jeragat
  • Untuk kekal awet muda

Pada minggu pertama pemakanan kapsul ini, anda mungkin akan mengalami beberapa kesan pemulihan seperti sakit kepala, sengal-sengal badan, demam serta mengalami haid yang lama. Namun begitu kesan ini hanyalah bersifat sementara sahaja.

Rugi jika anda tidak mencubanya.......

Testimonial daripada pengamal produk Herba Kencana;

  • Jiran ibu saudara saya di Changloon Kedah telah turun 3 kg berat badannya setelah mengamalkan Herba Kencana.
  • Isteri kawan baik suami saya mengakui bahawa badannya terasa seperti kembali remaja setelah mengamalkan Herba Kencana, penuh dengan tenaga dalaman dan luaran.
  • Kedua-dua kakak saya mengakui bahawa hubungan intim dengan suami kembali bermakna selepas mengamalkan Herba Kencana, terasa macam baru berkahwin katanya.
  • Penyakit keputihan yang dialami isteri kawan baik suami saya telah pulih, beliau terpaksa memakai tuala wanita pada peringkat awal pemakanan Herba Kencana kerana keputihan keluar terlalu banyak, Alhamdulillah kini telah sembuh sepenuhnya.
  • Kawan suami saya telah berubat di merata-rata tempat akibat masalah penghadaman yang dialaminya, tidak lawas selama berhari-hari. Alhamdullillah selepas mengamalkan Herba Kencana, penghadamannya kembali normal, hari-hari buang.
  • Saya telah menjalankan proses pembedahan Januari tahun lepas, ada ketulan batu karang dalam saluran pundi kencing. Setahun selepas pembedahan sakitnya datang lagi, setiap bulan perlukan injection, pil tahan sakit dah tak mampu nak kawal kesakitan saya. sakitnya tuhan saja yang tahu. Alhamdulillah selepas mengamalkan Herba Kencana saya dah tak sakit lagi, terasa macam ada keajaiban yang dah berlaku dengan izin ALLAH. Sampai hari ni saya tak pernah lupa makan kapsul Herba Kencana ni.
  • Mertua saya ada pelbagai masalah kesihatan, mungkin sebab berat badannya yang berlebihan. Alhamdulillah selepas mengamalkan Herba Kencana, darah tingginya dah menurun, tak perlu makan ubat hospital lagi, sakit kakinya juga dah semakin pulih, dah boleh berjalan laju, penyakit gastrik yang dialaminya juga dah pulih, pernah pada satu ketika penyakit gastriknya terlalu serius, buang air besar pun keluar darah, tapi selepas mengamalkan Herba Kencana, penyakit ni dah sembuh, penyakit resdung yang dihidapi bertahun-tahun lamanya telah menunjukkan perubahan, dah sembuh, kalau tak hidung asyik tersumbat ja. Alhamdulillah dengan izin ALLAH penyakit-penyakit yang dihidapinya makin beransur sembuh. Itulah kehebatan herba ni. Bertindak balas dengan badan pesakit dan cuba untuk merawat apa penyakit yang ada, betullah kata pengasasnya, herba ni boleh juga bertindak sebagai pemakanan tambahan untuk kesihatan kita.

Sebenarnya ada banyak lagi testimonial pengguna yang saya nak kongsi kat blog ni, nanti saya akan menulis lagi, sekadar renungan kita bersama. Kalau tak sakit pun boleh jugak amalkan herba ni, baik untuk awet muda, bak kata pepatah lebih baik kita mencegah daripada merawat, banyak pulak kos dan masa yang diperlukan nanti.

Tuesday, August 25, 2009

Rahsia kekal sihat dan cantik

PRODUK Herba Kencana yang diformulasikan dan diedarkan Award Life Beauty Marketing adalah lahir daripada rentetan pengalaman peribadi pengasasnya sendiri dalam mengharungi derita serangan penyakit seawal usia 34 tahun.

RAHSIA CANTIK... Artikel ini dipetik dari majalah D'HERBA bil 8.

Pengasasnya, Ismadi Zawawi berkata pada asalnya produk itu ditemui sebagai ‘pemakanan peribadi’ beliau sendiri sebelum dikeluarkan sebagai produk siap dan dipasarkan kepada umum.
Menceritakan pengalaman getir itu kepada D’HERBA, Ismadi berkata, pada usia 34 tahun beliau disahkan pakar perubatan menghidapi hipertensi atau darah tinggi, batu karang dalam buah pinggang, jantung mengembang melebihi saiz asal, asid urik dan kolestrol berlebihan, gastrik dan kebas anggota badan.

“Pasa usia semuda itu, situasi sedemikian memberi tekanan emosi kepada saya. Saya seolah-olah sukar menerima hakikat itu.
“Semua penyakit itu seolah-olah meragut lebih 60 peratus kehidupan yang saya jalani selama ini,” katanya.

Sejak itu juga, beliau sentiasa memikirkan bagaimana untuk menerima kenyataan menghidap hipertensi dan apakah kaedah rawatan terbaik bagi memulihkan tahap kesihatannya kepada sedia kala. Langkah pertama beliau ialah mengamalkan pengambilan ubat yang disyorkan doktor perubatan secara berjadual.


“Alhamdulillah, tekanan darah saya kembali normal. Tetapi selepas kira-kira enam bulan mengamalkan ubat disyorkan doktor, saya terpaksa pula berdepan dengan komplikasi lain.
“Pening kepala, keletihan melampau, kebas sebelah kiri badan, tidak boleh berdiri lama, terutama di bawah panas matahari, lemah tenaga batin, pendiam, berpeluh sebelah badan, penghadaman tidak lawas, penglihatan jadi kabur, gastrik, sukar tidur, lenguh anggota badan dan saluran darah di leher berasa tegang.

“Dalam mengharungi suasana hidup sedemikian, saya hanya dapat berasakan ‘mati bakal mendatang’. Gaya hidup yang terpaksa saya lalui juga amat mengecewakan,” katanya.

Justeru, bagi memulihkan komplikasi itu, beliau membelanjakan ribuan ringgit mencuba dan mengamalkan banyak produk pemakanan kesihatan yang ada di pasaran, tetapi tidak memberi kesan memuaskan sebagaimana beliau harapkan. Dengan itu, mahu tidak mahu, Ismadi terpaksa terus bergantung sepenuhnya kepada ubatan berjadual yang disyorkan doktor.


“Saya kecewa dan amat putus asa,” katanya mengimbas kembali pengalaman lalu. Bagaimanapun, akhirnya tiba juga detik Allah swt menserasikannya dengan penawar yang dicari apabila beliau dipertemukan dengan seorang lelaki yang pada tanggapannya memiliki keistimewaan tersendiri.

Lelaki itulah yang mendedahkan rahsia perubatan herba berasaskan amalan tradisional kepadanya sehingga terumus ramuan yang berjaya memulihkan Ismadi daripada komplikasi kesihatan sehingga hari ini.
“Rupa-rupanya hamba Allah ini ‘dihantar’ oleh Allah swt kepada saya untuk memberi nafas baru dalam hidup saya.
“Dialah guru yang mengajar saya bagaimana menyelesaikan konflik kesihatan dan emosi saya selama ini. Saya amat bersyukur ke hadrat Ilahi,” katanya.

Sejak itu, Ismadi juga dinasihatkan beberapa rakan yang amat arif dengan keadaan kesihatannya sebelum itu bahawa ‘kamu sekarang telah menemui emas, sebarkanlah nilainya kepada manusia lain, semoga mereka mendapat manfaat bermakna sepertimana kamu’.
Atas nasihat itu jugalah beliau mengorak langkah memohon kelulusan Kementerian Kesihatan bagi membolehkan formula ramuan perubatan herbanya dikeluarkan dan diedarkan secara sah sebagai produk siap.

Walaupun ramuan penawar itu masih menjadi rahsia Award Life Beauty Marketing yang berpejabat di Pasir Putih, Kelantan, menerusi penghasilan produk siap, hasil ramuan itu kini dikongsi dengan orang ramai yang masih tercari-cari penawar mujarab bagi masalah kesihatan masing-masing.

“Setelah mendapat kelulusan itu, saya persembahkan sedikit hasil usaha saya yang tidak seberapa ini untuk dimanfaatkan mereka yang mengalami masalah kesihatan sepertimana yang pernah saya alami dan bagi mereka yang mementingkan kesihatan,” katanya. Bagaimanapun beliau menasihatkan pengguna Herba Kencana, terutama yang sudah lama bergantung kepada ubat yang disyorkan doktor perubatan agar tidak berhenti mengambil ubat preskripsi itu.

“Pada masa sama, gunakanlah produk Herba Kencana untuk menghapuskan komplikasi akibat penyakit yang terpaksa bergantung sepenuhnya kepada pengambilan ubat moden secara berjadual,” katanya.

Pure Collagen

Di samping produk Herba Kencana, terdapat satu lagi produk baru yang dilancarkan oleh ALB Marketing Sdn Bhd. Produk ini sangat disyorkan terutama sekali kepada kaum hawa iaitu produk PURE COLLAGEN.

Terdapat 120 kapsul di dalam satu botol yang dijual dengan harga RM48.00, TERMURAH DI PASARAN. Insya ALLAH sekiranya diamalkan kapsul pure collagen ini, dalam masa 4 minggu akan terdapat perubahan pada kulit pengamalnya. Kulit akan menjadi semakin gebu, licin dan semakin cerah. Elok jika diamalkan bersama-sama dengan kapsul Herba Kencana
.

Monday, August 24, 2009

Kapsul Herba Kencana

Adakah anda sedang mengalami komplikasi-komplikasi ini???

1. Pening kepala
2. Keletihan yang berlebihan
3. Kebas badan
4. Jari tangan dan kaki menyucuk
5. Tidak boleh berdiri lama
6. Tidak boleh berada lama di bawah panas terik matahari
7. Lemah tenaga batin
8. Pendiam (kemurungan)
9. Berpeluh sebelah badan
10. Mudah stress
11. Mengalami masalah penghadaman yang tidak lawas
12. Mengalami masalah uluran angin (hernia) yang kritikal
13. Sesak nafas
14. Penglihatan semakin kabur
15. Mudah letih dan cepat malas
16. Peningkatan kadar gula dalam darah
17. Gastrik
18. Terlalu sensitif terhadap pemakanan seharian
19. Sukar tidur
20. Lenguh- lenguh anggota badan





KAMI ADA PENAWARNYA………





Produk ini kaya dengan adunan rahsia warisan pusaka yang mengandungi campuran bunga-bungaan dan buah-buahan herba terpilih. Khasiatnya mujarab dan sukar ditandingi terbukti sebagai pemakanan kesihatan dan tambahan serba lengkap yang dapat membantu secara semulajadi.

Penemuan produk ini oleh pengasasnya En. Ismadi Zawawi adalah lebih menjurus kepada pemakanan peribadi beliau yang kemudiannya dikongsi bersama umum. Beliau telah disahkan menghidap pelbagai jenis penyakit pada usia 34 tahun. Rentetan daripada itu, beliau terus berusaha mencari penawar kepada pelbagai jenis penyakit yang dialaminya sehinggalah pada suatu ketika beliau telah dipertemukan dengan hamba Allah yang telah memberi bimbingan dan nafa baru kepada beliau.



Setelah sembuh daripada penyakit-penyakit yang dialaminya, beliau telah dinasihatkan oleh teman-teman yang mengenalinya untuk menyebarkan penawar kepada pelbagai jenis penyakit ini kepada umum. Selepas mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, maka terhasillah produk pusaka ini yang menggunakan nama HERBA KENCANA.



Golongan yang disyorkan mengamalkan Herba Kencana ialah pesakit;



1. Buasir
2. Diabetes
3. Jantung
4. Tekanan darah tinggi
5. Tekanan darah rendah
6. Resdung
7. Radang hidung
8. Hernia (uluran angin)
9. Gastrik dan ulser
10. Mengalami masalah pembuangan air kecil dan air besar (tidak lawas)
11. Hepatitis B
12. Buah pinggang
13. Lemah tenaga batin
14. Kemurungan
15. Ibu-ibu selepas bersalin
16. Kadar kolestrol dan toksid badan yang tinggi
17. Kebas anggota badan
18. Batu karang
19. Migraine
20. Keletihan
21. Kesukaran untuk tidur
22. Berat badan berlebihan
Serta mereka yang mementingkan kecantikan dalaman dan luaran